Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, January 5, 2015

School Holiday ~ Part 1

Cuti sekolah akhir tahun 2014 kali ni, saya dapat bersama-sama Khadija dan Fatihah menghabiskan masa bersama disebabkan sepanjang bulan November dan Disember, saya masih di dalam cuti bersalin. Alhamdulillah.  Kali ni hampir 99% aktiviti cuti sekolah mereka memang saya pantau.  













Khadija bantu jemur baju dengan cara yang paling mudah dengan menjemur di dawai pagar.  Masa ni saya masih berbaki lagi beberapa hari untuk melepasi tempoh berpantang.  

Bercerita mengenai pantang.  Kali ni saya berpantang di rumah sendiri. Walaupun berpantang sendiri, saya masih patuhi amalan pantang larang orang-orang tua.














Fatihah berlatih menulis dengan di tunjuk ajar oleh kakak Dija.  Fatihah sepanjang cuti sekolah meneruskan tuisyen membacanya.  Nampak ada peningkatan.  Apa yang saya lihat, Fatihah sebenarnya cepat tangkap apa yang diajar.  Cumanya, sifat malas dan pandai memberikan alasan penat membuatkan Fatihah agak ketinggalan. Saya tekad, umur 6 tahun ni, Fatihah tak boleh main-main lagi.  Saya meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat dia lancar membaca seperti kakak Dija juga pada usia ini. 


Khadija memang rajin.  Mana-mana buku kerja/latihan tahun 1 yang tak sempat dihabiskan sepanjang sesi persekolahan cuba dihabiskan sepanjang cuti ini.

Gambar ni dirakam masa 'celebrate birthday' abah Hakim.

Habis tempoh saya berpantang dalam akhir bulan November, terus sahaja kami buat persiapan untuk persekolahan akan datang.  Buat pertama kalinya jugalah kami membawa Muhammad Harraz keluar. 'Plan' asal memang nak 'celebrate' di luar.  Tapi terpaksa ubah kerana risaukan Muhammad Harraz tidak selesa jika terlalu lama di luar. Alhamdulillah, hadiah paling berharga untuk abah Hakim tahun ni adalah 'baby boy'.

Kedua-dua kakak sepanjang cuti ni memang banyak tolong mama terutamanya tolong jaga Muhammad Harraz.  Masing-masing berebut-rebut nak tolong mama.  Teruja dengan kehadiran adik lelaki yang memang mereka nanti-nantikan.






Sunday, January 4, 2015

Menuai Hasil Tanaman

Sungguh teruja bila melihat pokok buah longan @ mata kucing yang kami tanam 2 tahun lepas mengeluarkan hasilnya buat pertama kali. Alhamdulillah.














Pokok buah mata kucing ni taklah tinggi sangat.  Senang nak petik buah-buahnya.













Seingat saya kami beli pokok ini di sebuah ladang di Tanjung Sepat. Pokok ini merupakan spesies buah mata kucing bersaiz ping pong.














Boleh tahan banyak juga buahnya di pokok.














Isinya boleh dikatakan tebal dan rasanya agak manis. 














Pokok limau kasturi kami yang sentiasa berbuah.  Buahnya memang banyak dan tak pernah putus.














Puas juga kami minum jus limau ni.  Kerapkali juga hasil limau yang dipetik dihantar ke rumah mak dan mertua.  Sekali petik iaitu dalam 2 minggu sekali selalunya hampir satu plastik besar penuhnya.














Limau purut yang wangi  baunya.  Hanya diambil bila nak masak tom yam.














Daun kari juga tak kurang rimbunnya.  Saya dapati tanah di kawasan ini memang agak subur berbanding di kawasan lain di sekitar halaman kami.

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat dariNya.






Bila Musim Hujan

Alhamdulillah, Allah turunkan hujan yang merupakan rahmat kepada hidupan di muka bumi ini.  Bersyukur kerana kawasan kami tidak dinaiki air, namun tetap berkongsi rasa 'kehilangan' seperti apa yang dirasai oleh penduduk di beberapa kawasan di pantai timur semenanjung.  Yakinlah, Allah akan menggantikan harta kalian yang hilang dengan yang lebih baik lagi.

Bila musim hujan, pada saya tumbuh-tumbuhanlah yang beruntung. Lihat sahaja selepas hujan mula reda, apa yang terjadi pada tanaman kami ~ orkid-orkid mula mengeluarkan bunganya.













Terus terang saya katakan, saya tidak tahu nama atau jenis-jenis orkid yang saya ada.  Kesemuanya saya beli bila saya nampak cantik. Saya hanya bela pokok-pokok orkid ini dengan baja yang disyorkan oleh penjual di 'nursery'.  Adakalanya saya jiruskan pokok-pokok orkid dengan air basuhan beras.  Itu sahaja.

Spesies di atas antara pokok orkid saya yang sentiasa tak putus-putus mengeluarkan bunga.  Di bawah pula, antara orkid-orkid lain yang senang berbunga ~



























Orkid yang di bawah ni memang saya suka, cantik sangat.  Pokok orkid ni kalau tak silap hampir setahun saya beli, baru kali ini ia berbunga di bawah jagaan saya.
 


































Inilah dia terapi mata saya.  Bunga-bunga orkid.  Saya bukanlah terlalu fanatik terhadap bunga orkid yang mana bak kata orang 'janji ada' untuk penyeri halaman saya.






Program Sembelihan Aqiqah Baby Muhammad Harraz

Oleh kerana seekor kambing yang diaqiqahkan semasa majlis yang diadakan di rumah tak dapat dirakam. Kambing yang diaqiqahkan seekor lagi dengan penyertaan Program Aqiqah Perdana anjuran Masjid Nurul Iman, Telok Gadong, saya memang tak nak lepaskan peluang.  Alhamdulillah, dah selesai 2 ekor kambing kami aqiqahkan buat Muhammad Harraz.













Abah Hakim berhajat untuk menyempurnakan sendiri sembelihan kambing untuk putera kami.














Kambing yang telah disembelih abah Hakim.























Besar juga saiz kambing ni.























Kambing dan lembu yang diaqiqahkan dimasak oleh jawatankuasa masjid bagi meraikan majlis sambutan Maulidur Rasul kampung Telok Gadong.

Serba sedikit mengenai Aqiqah hasil daripada carian 'google' ~

Aqiqah ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersykur kepada Allah.

"Setiap anak  yang lahir itu terpelihara/tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, Al-Turmuzi dan Ibnu Majah).

Hukum aqiqah  merupakan Sunat Muakkad (sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib.  Penyembelihan aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi atau pada hari ke - 14 atau ke - 21.  Jika tidak dapat, maka boleh dilakukan pada bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

Jika anak itu telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri.  Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan Al-Tabrani, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda diangkat menjadi Rasul.

Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan 2 ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing.

Niat penyembilahan aqiqah : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Taala."






Saturday, January 3, 2015

Muhammad Harraz Cukur Rambut

















Handsome boy mama, Muhammad Harraz sebelum dicukur botak rambutnya.


Setelah dicukur botak.  Ramai katakan seperti muka kakak Fatihah.














Baby Muhammad Harraz panggilan nama yang penuh oleh kami. Kamu memang anak yang baik dan bijak. Seolah-olah faham dengan setiap apa yang mama katakan.  Hanya akan meragam bila hendakkan susu. Memang senang menjaga dan mengurus kamu. Mama sayang kamu.






Majlis Aqiqah Baby Muhammad Harraz

Alhamdulillah, majlis aqiqah, cukur jambul dan doa selamat untuk baby Muhammad Harraz serta tahlil untuk arwah ahli keluarga kami telah berjalan lancar dengan lancar.













Yang diraikan, Muhammad Harraz dan Muhammad Firdaus.  Firdaus ni beza sebulan awal daripada Harraz. Kami ajak dia sekali untuk diraikan di majlis ini.  



Buaian berendoi yang kami deko sendiri.  Katil putih tu wan beli khusus untuk diletak kat rumah wan untuk tempatkan cucu-cucunya. Sayang betul wan dengan cucu-cucunya.























Bacaan tahlil, doa selamat dan marhaban bermula seawal jam 10.30 pagi.  Sebahagian daripada ahli keluarga yang datang awal.


Hajat abah Hakim terlaksana untuk meraikan majlis ini bersama-sama pelajar tahfiz dari KOMTAS, Kampung Delek, Klang.






















Rambut Muhammad Harraz digunting sedikit sebelum kemudiannya kami cukur hingga botak. 

















Meja candy yang saya sendiri deko dengan bahan sedia ada di rumah. Ada gula-gula, coklat, kek marble, kek gula hangus, kek butter dan paling best ada cheese tart yang di'sponsor' oleh mak usu.  Semua kek-kek ni dari hasil tangan mak usu sendiri.  Memang best.
























Mujur masa yang di 'setting' cantik.  Selesai anak-anak tahfiz ini makan lebih kurang pukul 12.00 tengahari, tetamu jemputan pun mula memenuhi khemah.

Khidmat dari Salehah Catering kami dapatkan untuk menjamu tetamu jemputan dengan niat tak nak menyusahkan ahli keluarga datang membantu memasak.  Lauk pauk hasil pilihan kami semestinya nasi beriayani/nasi putih, ayam masak merah, acar timun, lemak nangka + ikan masin, ulam-ulaman, pappadom, kuih-muih dan buah-buahan. Memang berbaloi dan berpuashati dengan kualiti makanan bagi caj yang dikenakan iaitu RM10.00 sekepala termasuk 3 orang pelayan. Ahli keluarga yang hadir boleh duduk senang-senang menjamu selera tanpa perlu susah payah membantu.  Itu niat kami.


Kuih-muih tambahan kuih cara berlauk dan kuih lompang hasil pemberian mak cik Nor.  Mak pula sediakan tauhu sumbat dan agar-agar santan.  Memang banyak pilihan makanan untuk tetamu pada hari tersebut.

Disebabkan terlalu sibuk, gambar kambing golek beserta salad terlupa saya nak rakam.  Hanya seekor kambing kami aqiqahkan pada hari tersebut.  Seekor lagi kami aqiqahkan pada program Aqiqah Perdana sempena Maulidur Rasul anjuran Masjid Nurul Iman, Telok Gadong. Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab untuk mengaqiqahkan ketiga-tiga amanah Allah kepada kami ini.

Bercerita mengenai kambing golek ni, saya pun tak sempat rasa sebab seawal jam 1.00 tengahari dah 'clear'. Memang sedap. Bahagian kepala dan organ dalaman kambing pula, pihak caterer siap masakkan lauk rendang untuk kami.  Saya syorkan kepada rakan-rakan sekitar Klang yang mencari caterer beserta khidmat kambing golek boleh dapatkan dari Salehah Catering.  Harga seekor kambing golek lengkap dengan salad hanya RM1,300.00.  Bagi kami yang penting kualitinya bukan harganya.























Doa mama dan abah buat Muhammad Harraz, semoga kamu juga jadi seperti abang-abang tahfiz yang meraikan kamu, cemerlang agama, akhlak dan akademik untuk bekalan dunia akhirat.  Amin.






Thursday, January 1, 2015

Persiapan Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Muhammad Harraz

Muhammad, itulah panggilan kakak buat Putera mama dan abah. Bagi mendapat keberkatan di atas kelahiran Muhammad yang sememangnya kami nanti-nantikan ini, kenduri doa selamat, aqiqah dan cukur jambul kami adakan selepas genap 2 bulan umur Muhammad. 























Setelah berbincang, mama dan abah Hakim sepakat memilih 20 Disember 2014 untuk meraikan majlis tersebut.  Kali ni kami adakan majlis aqiqah ini di rumah kami sendiri.




Kakak Dija dan Fatihah yang paling teruja mengira hari bila kenduri nak diadakan.  

Katil baby didekorasi oleh tangan seni mak usu kami hasil dari idea saya dan mak cik Nor dengan ditatarias berdasarkan warna tema biru, kelabu dan putih untuk majlis tersebut.  


Popcorn dan gula kapas menjadi pilihan saya sebagai 'goodies' kepada tetamu.  Memang berbaloi dengan rasanya yang cukup memuaskan.























Tempahan saya buat secara 'online' dan dihantar sehingga ke pintu rumah. 




Khemah kombinasi warna royal blue dan grey.














Beg 'goodies' yang didalamnya diisi popcorn, roti dan kek cawan. Masa ni beg 'goodies' belum dimasukkan bunga telur lagi.













Malam sebelum majlis, kami sibuk dengan susunan beg 'goodies', yang diraikan baby Muhammad lena tidur. Memang anak yang baik, Muhammad boleh dikatakan 'baby' yang tak banyak ragam. Alhamdulillah, waktu malam tidur mengikut waktu dan hanya bangun hampir menjelang subuh.  Memang anak yang soleh kamu Muhammad Harraz.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...