Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, January 3, 2015

Majlis Aqiqah Baby Muhammad Harraz

Alhamdulillah, majlis aqiqah, cukur jambul dan doa selamat untuk baby Muhammad Harraz serta tahlil untuk arwah ahli keluarga kami telah berjalan lancar dengan lancar.













Yang diraikan, Muhammad Harraz dan Muhammad Firdaus.  Firdaus ni beza sebulan awal daripada Harraz. Kami ajak dia sekali untuk diraikan di majlis ini.  



Buaian berendoi yang kami deko sendiri.  Katil putih tu wan beli khusus untuk diletak kat rumah wan untuk tempatkan cucu-cucunya. Sayang betul wan dengan cucu-cucunya.























Bacaan tahlil, doa selamat dan marhaban bermula seawal jam 10.30 pagi.  Sebahagian daripada ahli keluarga yang datang awal.


Hajat abah Hakim terlaksana untuk meraikan majlis ini bersama-sama pelajar tahfiz dari KOMTAS, Kampung Delek, Klang.






















Rambut Muhammad Harraz digunting sedikit sebelum kemudiannya kami cukur hingga botak. 

















Meja candy yang saya sendiri deko dengan bahan sedia ada di rumah. Ada gula-gula, coklat, kek marble, kek gula hangus, kek butter dan paling best ada cheese tart yang di'sponsor' oleh mak usu.  Semua kek-kek ni dari hasil tangan mak usu sendiri.  Memang best.
























Mujur masa yang di 'setting' cantik.  Selesai anak-anak tahfiz ini makan lebih kurang pukul 12.00 tengahari, tetamu jemputan pun mula memenuhi khemah.

Khidmat dari Salehah Catering kami dapatkan untuk menjamu tetamu jemputan dengan niat tak nak menyusahkan ahli keluarga datang membantu memasak.  Lauk pauk hasil pilihan kami semestinya nasi beriayani/nasi putih, ayam masak merah, acar timun, lemak nangka + ikan masin, ulam-ulaman, pappadom, kuih-muih dan buah-buahan. Memang berbaloi dan berpuashati dengan kualiti makanan bagi caj yang dikenakan iaitu RM10.00 sekepala termasuk 3 orang pelayan. Ahli keluarga yang hadir boleh duduk senang-senang menjamu selera tanpa perlu susah payah membantu.  Itu niat kami.


Kuih-muih tambahan kuih cara berlauk dan kuih lompang hasil pemberian mak cik Nor.  Mak pula sediakan tauhu sumbat dan agar-agar santan.  Memang banyak pilihan makanan untuk tetamu pada hari tersebut.

Disebabkan terlalu sibuk, gambar kambing golek beserta salad terlupa saya nak rakam.  Hanya seekor kambing kami aqiqahkan pada hari tersebut.  Seekor lagi kami aqiqahkan pada program Aqiqah Perdana sempena Maulidur Rasul anjuran Masjid Nurul Iman, Telok Gadong. Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab untuk mengaqiqahkan ketiga-tiga amanah Allah kepada kami ini.

Bercerita mengenai kambing golek ni, saya pun tak sempat rasa sebab seawal jam 1.00 tengahari dah 'clear'. Memang sedap. Bahagian kepala dan organ dalaman kambing pula, pihak caterer siap masakkan lauk rendang untuk kami.  Saya syorkan kepada rakan-rakan sekitar Klang yang mencari caterer beserta khidmat kambing golek boleh dapatkan dari Salehah Catering.  Harga seekor kambing golek lengkap dengan salad hanya RM1,300.00.  Bagi kami yang penting kualitinya bukan harganya.























Doa mama dan abah buat Muhammad Harraz, semoga kamu juga jadi seperti abang-abang tahfiz yang meraikan kamu, cemerlang agama, akhlak dan akademik untuk bekalan dunia akhirat.  Amin.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...