Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, January 4, 2015

Bila Musim Hujan

Alhamdulillah, Allah turunkan hujan yang merupakan rahmat kepada hidupan di muka bumi ini.  Bersyukur kerana kawasan kami tidak dinaiki air, namun tetap berkongsi rasa 'kehilangan' seperti apa yang dirasai oleh penduduk di beberapa kawasan di pantai timur semenanjung.  Yakinlah, Allah akan menggantikan harta kalian yang hilang dengan yang lebih baik lagi.

Bila musim hujan, pada saya tumbuh-tumbuhanlah yang beruntung. Lihat sahaja selepas hujan mula reda, apa yang terjadi pada tanaman kami ~ orkid-orkid mula mengeluarkan bunganya.













Terus terang saya katakan, saya tidak tahu nama atau jenis-jenis orkid yang saya ada.  Kesemuanya saya beli bila saya nampak cantik. Saya hanya bela pokok-pokok orkid ini dengan baja yang disyorkan oleh penjual di 'nursery'.  Adakalanya saya jiruskan pokok-pokok orkid dengan air basuhan beras.  Itu sahaja.

Spesies di atas antara pokok orkid saya yang sentiasa tak putus-putus mengeluarkan bunga.  Di bawah pula, antara orkid-orkid lain yang senang berbunga ~



























Orkid yang di bawah ni memang saya suka, cantik sangat.  Pokok orkid ni kalau tak silap hampir setahun saya beli, baru kali ini ia berbunga di bawah jagaan saya.
 


































Inilah dia terapi mata saya.  Bunga-bunga orkid.  Saya bukanlah terlalu fanatik terhadap bunga orkid yang mana bak kata orang 'janji ada' untuk penyeri halaman saya.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...