Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, January 5, 2015

School Holiday ~ Part 1

Cuti sekolah akhir tahun 2014 kali ni, saya dapat bersama-sama Khadija dan Fatihah menghabiskan masa bersama disebabkan sepanjang bulan November dan Disember, saya masih di dalam cuti bersalin. Alhamdulillah.  Kali ni hampir 99% aktiviti cuti sekolah mereka memang saya pantau.  













Khadija bantu jemur baju dengan cara yang paling mudah dengan menjemur di dawai pagar.  Masa ni saya masih berbaki lagi beberapa hari untuk melepasi tempoh berpantang.  

Bercerita mengenai pantang.  Kali ni saya berpantang di rumah sendiri. Walaupun berpantang sendiri, saya masih patuhi amalan pantang larang orang-orang tua.














Fatihah berlatih menulis dengan di tunjuk ajar oleh kakak Dija.  Fatihah sepanjang cuti sekolah meneruskan tuisyen membacanya.  Nampak ada peningkatan.  Apa yang saya lihat, Fatihah sebenarnya cepat tangkap apa yang diajar.  Cumanya, sifat malas dan pandai memberikan alasan penat membuatkan Fatihah agak ketinggalan. Saya tekad, umur 6 tahun ni, Fatihah tak boleh main-main lagi.  Saya meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat dia lancar membaca seperti kakak Dija juga pada usia ini. 


Khadija memang rajin.  Mana-mana buku kerja/latihan tahun 1 yang tak sempat dihabiskan sepanjang sesi persekolahan cuba dihabiskan sepanjang cuti ini.

Gambar ni dirakam masa 'celebrate birthday' abah Hakim.

Habis tempoh saya berpantang dalam akhir bulan November, terus sahaja kami buat persiapan untuk persekolahan akan datang.  Buat pertama kalinya jugalah kami membawa Muhammad Harraz keluar. 'Plan' asal memang nak 'celebrate' di luar.  Tapi terpaksa ubah kerana risaukan Muhammad Harraz tidak selesa jika terlalu lama di luar. Alhamdulillah, hadiah paling berharga untuk abah Hakim tahun ni adalah 'baby boy'.

Kedua-dua kakak sepanjang cuti ni memang banyak tolong mama terutamanya tolong jaga Muhammad Harraz.  Masing-masing berebut-rebut nak tolong mama.  Teruja dengan kehadiran adik lelaki yang memang mereka nanti-nantikan.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...