Asyik2 cerita tentang Khadija. Takde pun cerita saya. Sebenarnya ada banyak cerita pasal saya sendiri. Tapi buat masa ni malas saya nak kongsikan bersama. Yelah, dah ada anak, lagi seronok bercerita tentang anak.
Khadija sekarang ni makin panjang akalnya. Semenjak 2 menjak ni, kalau dapat bermain susah nak panggil atau ajak dia beralih kepada benda lain. Contoh macam gambar kat bawah ni. Main khemah dengan mak cik Ain. Khemah ni sebenarnya mak cik Ain punya, Khadija tumpang main je. Punyalah riuh masa tengah pasang khemah tu.
Khadija sekarang ni makin panjang akalnya. Semenjak 2 menjak ni, kalau dapat bermain susah nak panggil atau ajak dia beralih kepada benda lain. Contoh macam gambar kat bawah ni. Main khemah dengan mak cik Ain. Khemah ni sebenarnya mak cik Ain punya, Khadija tumpang main je. Punyalah riuh masa tengah pasang khemah tu.
Siap bawak bantal masuk khemah.
Khadija dan mak cik Ain.
Mak cik Ain ni anak tunggal mak usu saya. Baru berumur 5 tahun. Dia ni nampak cerdik budaknya sbb apa, masa umur 3 tahun dia dah pandai cakap banyak perkataan english yang dia dengar hasil daripada tengok cerita2 kartun kat Channel Astro. Oleh kerana dia terang hati, apa yang dia tonton dan dengar semua masuk kat kepala dia. Kadang2 kita tak sangka dia akan speaking english dengan kita. Bila kita tanya kat Umi dia, dia kata tak ajar pun. Dia tahu sbb banyak tengok cerita kartun. Skrg Ain dah masuk Tadika, saya dengar sambil main dia dah boleh hafal beberapa doa, macam doa makan, doa naik kenderaan dan doa mula belajar. Saya harap Khadija pun akan jadi macam Ain, terang hati dengan ilmu yang berguna.
Gambar yang ni masa main kat playground Setia Alam selepas balik dari Tesco, beralih ke palygorund ni sbb Khadija tak puas main kat Tesco sampai tak nak balik. Abah ikut cakap dia, pujuk bawa pergi playground Setia Alam plk. Apa lagi, dia jelah sorang yang main buaian tu sampai nak dekat satu jam.
Akhirnya setelah boring saya menunggu. Saya paksa juga Abah dia dukung dia bawa balik dengan umpan yang kami bagi iaitu ais krim.
Ni plk video masa main kat playground Tesco Setia Alam. Kat situ kalau diperhatikan Khadija yang paling kecil dan muda. Tapi ligat sangat. Khadija ni pandai main, ikut peraturan lagi. Kalau tak percaya, tengok video ni sampai habis. Yang ni pun dia tak nak balik, kami umpan dia kata nak makan KFC. Akhirnya dia mengalah dan kami ke KFC cuma beli air milo ais je. Yelah, kejar masa nak balik rumah, sebab dah nak masuk waktu Maghrib.
0 comments:
Post a Comment