Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, April 22, 2009

Secretaries Week Extravaganza 2009 - Kris Dayanti & Dee


Gambar tak terang, tapi saya masih 'maintain'.



Dari kiri Intan, saya, Kak Hawa dan Kak Ila.



Yang ni Nurul Atikah berasal dari Bukit Cerakah. Heheh (saja tambah info ni).



Berposing sambil tunggu suruh makan. Kami adalah yang paling terawal sampai. Pukul 11.00 dah sampai, padahal show hampir pukul 1.00 tghari baru start.



Keadaan sebelum dipenuhi para2 secretary.



Tangkap muat.



MC-Dee yang berpakaian semua baju2 wanita yang ditaja oleh Jakel. Kami pun dapat beg goodies yang dalamnya ada majalah Jelita, setin susu sejat F&N, sepeket susu tepung kolestrol, pati prune innershine dan yang paling best kain kosong 4 meter pemberian Jakel.



Kris yang mula buat persembahan tapi malas nak ke belakang. Meja2 depan aje dia singgah.



Memang cantik dia ni.



Bukan main lagi Kris dengan penonton lelaki.



Kris tukar 2 baju je. Ramai yang kerumun nak ambil gambar dia.



Dapat jugaklah rakam walaupun sipi2 je.



Berakhir sudah show pada jam 3.30 petang. Apalagi kami ambil peluang bergambar dengan Dee.



Secretaries Week tahun ni kami diraikan dengan makan tengahari sambil melihat nyanyian artis Indonesia yang tersohor namanya di Malaysia iaitu Kris Dayanti bersama MC - Dee anjuran Hotel Quality pada 21 April 2009 bertempat di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta. Persembahan bolehlah, makanan OK banyak choice. Bab persembahan ni sebab apa saya kata bolehlah....sebab Kris agak lewat keluar hampir pukul 2.00 petang baru dia mulakan persembahan. Mood saya yang pada mulanya agak tak sabar2 jadi menurun sebab boring walaupun diserikan oleh Dee dan nyanyian pembukaan oleh anak perempuan kepada anggota Alleycats, entah apa entah nama dia. Persembahan dia ni pun bolehlah, cuma agak mengantuk sebab pihak hotel malapkan lampu dan lagu yang dia bawak pun lagu2 berentak slow gitu. Hadiah cabutan bertuah best2 tapi takde satu pun menjadi milik kami. Apa2 pun, saya berterima kasih kepada pihak pengurusan MPK kerana membalas hasil kerja kami, Steno2 ni dengan menghantar kami ke show macam ni walaupun hanya setahun sekali. Tahun depan nak lagi tau!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...