Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, April 8, 2009

Makan2 Di Restoran Ikan Bakar, Pantai Jeram

Hari Sabtu malam Ahad yang lepas, kami bertiga merancang makan malam kat Restoran Ikan Bakar, Pantai Jeram. Kalau ikutkan perjalanan dari rumah kami Taman Saujana Kapar cuma ambil masa 5 hingga 10 minit je. Tapi malam tu kami dari rumah mak di Telok Gadong. Cerita adalah seperti di bawah :-



Khadija punyalah 'excited' tak nak duduk, dah lah keadaan kat luar tgh hujan lebat masa tu. Abah dia terpaksa drive slowly.



Akhirnya saya beralih tempat duduk sama Khadija kat depan sbb dah lapar sangat, nak cepat sampai.



Sampai kat situ, orang ramai. Seat semua penuh, nasib baik ada yang kosong tu pun betul2 dpn kaunter bayaran. Saya pilih ikan senangin (itu pun tanya kat org tu minta dia cadangkan sbb saya tak kenal jenis ikan). Suruh abah pergi pilih ikan, dia kena pegang Khadija yang tiba2 terus terlena sebaik sahaja sampai kat situ.

Menu kami malam tu, nasi putih, nasi goreng kampung, ikan senangin stim soya, kailan ikan masin, tom yam (tapi tak hantar), sotong goreng tepung dan fresh orange.



Kesian abah kena makan sambil pegang Khadija. Masa nilah pun saya nak layan sendukkan lauk kat dia.



Nasi goreng ni boleh tahan sedap, banyak, harga pun cuma RM3.00. Cukup puas hati. Tapi disebabkan banyak saya tak dapat habiskan. Tangki kecil.



Khadija yang akhirnya terjaga. Itu pun kami berdua dah selesai makan tp masih ada lagi nasi dan lauk cuma Khadija tak minat. Saya pun silap patutnya ambil udang sbb Khadija suka makan udang. Takpelah Khadija next time, mama order udang goreng tepung banyak2.



Khadija tengah mamai. Selesai semuanya, kami pun beransur balik ke rumah kami di Taman Saujana Kapar dan tapau sekali sotong goreng tepung yang tak dapat dihabiskan. Untuk makluman, saya boleh recommend tempat ni sbb harganya murah, rasa makanan pun ok. Cuma servis agak lambat sikit sbb al-maklumlah ramai customer.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...