Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, October 6, 2010

Undangan Open House

Sepanjang bulan Syawal ni boleh dikatakan tiap-tiap hujung minggu kami memenuhi undangan open house samada oleh rakan sekerja atau saudara mara. Tak kira siang atau malam, semua mengambil peluang untuk mengadakan majlis makan-makan bagi meraikan sahabat handai. Disebabkan terlalu banyak undangan, ada juga yang tak dapat saya hadiri. Maaflah, ditambah pula dengan kerenah anak-anak kecil yang berubah ragam bila dah kepenatan dan kepanasan, maka kami juga terpaksa menghadkan kunjungan sehingga waktu petang sahaja.



Sebelum berangkat, kami 3 beranak berposing dahulu.



Susah betul nak dapat mood yang baik dan gaya yang menarik untuk rakam gambar Khadija dan Fatihah. Si kakak sekarang ni, kalau nak berjalan je, mesti minta dipakaikan lipstik, gelang, jam tangan dan sepit kat rambut. Nak merias dia je, ambil masa 15 minit. Si Fatihah pula, jenuh nak kawal kelasakan dia.



Masa ni kat rumah salah seorang kawan Hakim. Khadija kalau diperhatikan, lebih suka berkawan dengan budak lelaki berbanding perempuan. Kalau di rumah dengan 2 pupunya Nurdeen, kalau di rumah nenek dengan Hazami, Aqilah dia tak pandang, kalau di Taska yang disebutnya Qayyum, Darwish atau Izad. Nama budak perempuan tak disebut langsung. Andaian saya, Khadija suka berkawan dengan lelaki sebab dia akan diberi perhatian lebih dan budak-budak lelaki pasti mengalah dengan kerenah dia, berbeza dengan budak perempuan yang sikit-sikit akan merajuk.



Gambar ni pula dirakam sebelum kami ke KL minggu lepas. Breakfast di NLK Bistro, Kapar.



Kami dengan disertai oleh ahli keluarga lain memenuhi undangan open house ke rumah sepupu saya, Siti Aisyah (anak pak anjang yang menetap di Nilai). Rumah banglo sebuah-sebuah yang diduduki oleh beliau ni terletak di Desa Haras, Hulu Klang (berdekatan dengan Zoo Negara). Kalau diikutkan kami sejak kecil lagi sering ke Hulu Klang ni, atuk Siti ni dah macam saudara rapat kami je.



Khadija dan Nurdeen.



Dari kiri - Naim, mak saya, mak lang dan mak uda. Entah apa yang dipandang mereka agaknya.



Atuk Siti yang berkerusi roda. Fatihah bukan main suka lagi, bebas berjalan di dalam ruang tamu yang luas.



Tengoklah budak lasak yang tak tahu duduk diam.



Bersama mak usu Umi, adik bongsu Siti.

Kesimpulannya, bila ada majlis sebegini, dapatlah kita mengenali dengan lebih rapat lagi pasangan kawan-kawan kita dan bagi saudara-mara pula, dapatlah dieratkan lagi hubungan silaturahim dan kekeluargaan yang ada.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...