Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, October 25, 2010

Abah Oh Abah!

Selama 2 malam berturut-turut kami mengikut Hakim ke padang dataran Shah Alam bersempena dengan 10 Tahun Bandaraya Shah Alam iaitu pada malam pertama 8 Oktober 2010, untuk acara raptai bagi program sebenar pada keesokan harinya. Hakim terlibat di dalam acara kawat kaki bagi mewakili Majlis Perbandaran Klang. Kalau diikutkan memang penat, tapi atas kemahuan saya sendiri, kami bertiga menjadi penunggu setia pada sepanjang program berlangsung.



Fatihah dan Khadija yang seronok dilepaskan bebas di padang. Sebenarnya memang jenuh dan tak menang tangan untuk mengendalikan 2 orang anak sekaligus berseorangan. Nasib baik juga kami cuma ditinggalkan lebih kurang 3 jam je.



Kesian Khadija masa ni, cuaca agak panas ketika itu. Yelah dah ratusan manusia membanjiri kawasan dataran, mestilah cuaca yang sejuk jadi panas kan? Khadija masa ni sebenarnya tak berapa sihat, kena serangan cirit-birit.



Fatihah pulak, sebelum acara bermula, dah lena.



Acara perbarisan dimulakan dengan lintas hormat daripada pasukan berkuda MBSA.



Pancaragam.



Pasukan kawat kaki dari Majlis Perbandaran Klang.

Kami beredar awal lebih kurang jam 10.30 malam iaitu sebelum program berakhir. Perkhabaran gembira kami dapat keesokan paginya yang mana pasukan perbarisan dari Majlis Perbandaran Klang berjaya mendapat tempat pertama pada acara kawat kaki untuk kategori Perbandaran pada malam tersebut. Tahniah untuk Hakim, memang berbaloi-baloi sebab dapat baju batik ditambah pula mendapat pengiktirafan daripada pihak pengurusan Majlis.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...