Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, December 31, 2017

'Bonding Time' @ AEON Mall, Shah Alam

Aktiviti cuti sekolah kami, bawa anak-anak 'window shopping' di AEON Mall, Shah Alam.  Saya memang sukakan AEON Mall, tak kiralah samada di Bukit Tinggi, Bukit Raja, Shah Alam atau One Utama. AEON Mall bagi saya tempat 'shopping' yang selesa, luas, lengkap dengan kemudahan, bersih dan semua ada di bawah satu bumbung. Tak risau kalau nak balik lewat sebab kemudahan surau yang disediakan juga agak selesa terutama di AEON Mall, Shah Alam yang mana di setiap aras ada kemudahan surau.





Ber'instant shawl neelofa' walaupun saya sebenarnya lebih sukakan bawal.  Ini pun adik yang hadiahkan.

















Gula-gula hati saya.























Cinta hati dan BFF saya.  Gaduh @ berselisih pendapat perkara biasa bagi kami.   Tapi setakat ni, tak sampai 1 minit kami pasti akan berbaik semula.  Alhamdulillah.


Ni pun asyiklah bergaduh.  Tapi ada masa, kedua-duanya saling memerlukan.


Nak juga bergambar kenangan.


Tahun depan dah masuk darjah 3.  Tapi perangai tu sama sahaja tetap anggap dia 'adik'.  Dalam banyak perkara yang menjengkelkan tentang Khairin ada 1 kelebihan dia iaitu dia ni kalau berjalan tak pernah minta apa-apa dan mudah mengalah dan berkorban bagi benda dia pada orang.  Kelemahan dia pula, suka 'moody' dan tak boleh diajak bergurau.























Kakak Khadija pula makin besar ni, dah pandai 'mengelat' bila disuruh dan agak 'mementingkan diri' dalam beberapa situasi.  Tapi sifat kepimpinan dan sabar tu tetap ada pada dia ni.


2 anak dara mama yang semakin dewasa.  Bila nak berjalan mesti berlaku 'pergaduhan kecil' sebab mereka berdua ni cerewet tentang tudung.  Setiapkali apa yang mama pilih, mesti ada pertikaian pada mereka.


Rutin setiap 3 bulan sekali.  Menderma darah.  Salah satu sebab kenapa saya sukakan AEON Mall, sebab inilah.  Program derma darah seringkali dijalankan di AEON Mall.

















Abah Hakim mengajar saya konsep 'berkongsi' dan 'bersedekah' serta 'memberi' tanpa had.  Saya juga teringin nak menderma darah tahun 2018 nanti.  Insha Allah, bila dah banyak kali ikut abah Hakim derma darah, saya 'terpanggil' juga untuk menjadi 'pemberi' secara senyap seperti abah Hakim buat ni.

Apa yang saya nampak, 'memberi' tanpa had ni memberi impak kepada kehidupan kita tanpa kita sedari. Perjalanan kehidupan dan kewangan kami setakat ini sentiasa dipermudahkan olehNya.  Saya percaya, semakin banyak kita 'memberi', semakin banyak juga kita akan menerima samada dalam bentuk yang kita sedari atau tidak.













Peluang main 'snow' juga hanya di AEON Mall, Shah Alam.

Alhamdulillah, tahun 2017 berlalu pergi dengan 1001 kenangan manis dan disulami dengan pelbagai rasa sebagai pelengkap kehidupan.  Insha Allah, apa yang baik disimpan sebagai kenangan, yang pahit dijadikan pengajaran dan ingatan agar tidak berulang.  

Semoga tahun 2018 yang datang semuanya adalah kebaikan buat kami.  Apa yang saya mahukan adalah rezeki 'kesihatan' untuk saya, suami, anak-anak, mak dan bapak serta ahli keluarga kami.  Jauhkan juga kami dari musibah dan berilah kami kebahagian di dunia hingga ke akhirat nanti.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...