Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, December 19, 2017

Cuti-Cuti Pulau Langkawi ~ Part 6 @ Jalan-Jalan Cari Makan

Gambar makan-makan di Langkawi, kali ni lupa nak rakam.  Kalau nak cerita pasal makan ni, setiapkali makan kami ke lokasi yang berlainan.  Cumanya lebih di sekitar Pekan Kuah iaitu lokasi berhampiran hotel kami menginap.  Tapi ada sekali tu, kami singgah makan Laksa Utara di kedai sebelah sawah bendang sekitar jalan menuju ke Rumah Mahsuri.  Saja nak menikmati suasana ala kekampungan di situ.


Gambar ni kebetulan rakam sebab nak masukkan dalam 'whatsapp group' adik-beradik.  Teruja untuk berkongsi banyaknya buih kat air teh tarik yang kami pesan.























Wanita Inggeris kat sebelah tu..... agak peramah, sempat juga berborak dengan dia.  Menurut suami dia, ini kali ke - 3 mereka ke Pulau Langkawi.  Mereka amat sukakan Pulau Langkawi yang indah dan makanan Malaysia.  Di sini saya memang puji pasangan Inggeris yang mana mereka semakin tua semakin romantis.  Insha Allah, nak ikut budaya mereka dalam bab romantis dengan pasangan ni.  Pada saya, orang Inggeris juga boleh dicontohi bab adab dengan masyarakat.  Mereka amat menghormati orang lain. 


Punah 'diet'.  Kami berdua tak kisah bab menu, semua kami cuba samada tempatan mahupun barat.  Tapi berbeza dengan selera Khadija dan Khairin yang memang nakkan nasi tak kiralah makan tengahari atau malam.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...