Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, December 19, 2017

Cuti-Cuti Pulau Langkawi ~ Part 5 @ Up Side Down House, Langkawi

Rumah Terbalik @ Up Side Down House ni terletak di Kampung Bayas, Ulu Melaka, Langkawi.  Bayaran tiket masuk ke rumah ni, dewasa RM18.00, manakala kanak-kanak RM12.00.  Kami berada di sini kurang dari 1 jam kerana kebetulan pada masa kami datang hanya ada 2 pengunjung yang lain.  Jadi, peluang nak bergambar tu memang puas.  Tambahan pula, rumah ni bukanlah besar sangat.  Sampaikan macam-macam aksi yang kami buat dengan berpandukan contoh gambar dan dibantu oleh 'staff' rumah ni yang cukup 'sporting' tolong rakamkan gambar-gambar kami.






























Kalau nak tahu, mula-mula kami kekok juga macam mana nak beraksi.  Bila 'staff' situ terangkan yang lepas ambil gambar 'rotate' kan gambar tu, barulah kami tahu yang seolah-olah kami tergantung macam Cicak Man, sebenarnya.... memang kami berdiri macam biasa, cumanya peralatan-peralatan rumah tu yang di skru di atas siling. 

Tempat yang unik.... Makanya, rugi jugalah kalau ke Langkawi jika tak singgah ke Up Side Down House yang mana pada saya walaupun ada banyak Rumah Terbalik di lokasi percutian yang lain, tetapi bagi saya setiap Rumah Terbalik ini ada keunikan dan seninya yang tersendiri.  Kesimpulannya, kami amat 'enjoy' di tempat ini.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...