Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, December 26, 2017

Selamat Tinggal Pulau Langkawi

Selamat tinggal Pulau Langkawi.  Bukan sahaja saya sukakan Langkawi, malah Khadija dan Khairin pun dah 'jatuh cinta' dengan pulau lagenda ni.  Siap minta tambah hari lagi nak duduk Langkawi.  Insha Allah, ada rezeki lebih, pasti kami akan ke sini lagi. 

Apa yang boleh saya katakan pada mereka.  Belajar rajin-rajin, kumpul duit...... kita naik kapal terbang lagi datang sini. 
 
Perjalanan balik kami masih dengan Air Asia.  Kapal terbang tambang 'murah' yang dah tak berapa nak 'murah' dah.














Khairin Fatihah muka bosan sebab mama asyik nak ambil gambar.














Kenangan yang dirakam inilah yang akan dikenang satu hari nanti. 























Datang 1 beg.  Balik berbeg-beg.














Kali ni fokus cuma beli coklat dan barangan kaca yang nak sahaja.  'Souvenir' untuk keluarga hanya coklat, sudu dan minyak gamat.
 






















Bimbang coklat yang dibeli tak cukup, mama masuk lagi kedai coklat kat Airport Langkawi beli coklat Daim.  Padahal yang dibeli pun dah terlebih-lebih banyaknya.














Urusan di kaunter daftar masuk yang terhenti seketika disebabkan Pegawai bertugas sedang buat pemeriksaan.























Entah apalah budak 2 beradik tu pandang.  Dia orang berdua ni, mulut tak tahu diam ada je benda yang dicakap lepas tu gelak.  Kadang-kadang naik geram juga.  Bising tak tahu diam.  

















Dah daftar masuk.  Tunggu 'flight' yang 'delay' hampir 1 jam.


Apalagi berswafotolah kami.














Gembira sebab nak balik, tapi sedih tinggalkan Langkawi.


 Ada rezeki pasti kami akan datang lagi.


Perjalanan balik, abah Hakim pesan kalau dapat 'result' cemerlang peperiksaan nanti.  Kita terbang naik MAS pula.  Khadija pula cakap impian dia nak simpan duit pergi Umrah.  Alhamdulillah.























Abah Hakim ambil pakej siap makanan untuk penerbangan balik.  Saja kata dia nak bagi anak-anak merasai pengalaman makan dalam kapal terbang.























Sebenarnya teruja tapi pandai 'cover' budak dua orang ni.























Anak dara kesayangan abah.























Dah sampai KLIA2.  Tengah tunggu Grabcar datang.























Insha Allah, kalau tak ke Pulau Langkawi.... pasti kami akan 'terbang' lagi.  Itu janji abah Hakim dengan kami.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...