Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, December 28, 2009

Aktiviti Sendiri Pulak

Kali ni entry pasal aktiviti saya minggu lepas. Dimulai dengan menghadiri Mesyuarat Penilaian Prestasi Tahun 2009 dan Sasaran Kerja Tahun 2010 MPK bertempat di Hotel Holiday Villa, Subang pada 22 Disember 2009. Oleh kerana saya ni agak penyegan orangnya untuk mengambil gambar, hanya satu gambar saya rakam hari tu iaitu masa mesyuarat sedang berjalan. Mesyuarat pada tahun ini agak singkat dan padat berbanding pada tahun sebelumnya yang mana selalunya diadakan 2 hingga ke 3 hari dan secara tak langsung kena bermalam sekali. Nasib baik tak bermalam, al-maklumlah saya ni beranak kecil yang masih menyusu lagi. Apa2 pun, minit mesyuarat tersebut masih belum terusik sehingga ke hari ni disebabkan beberapa faktor seperti mood akhir tahun dan ada minit lain yang lebih penting untuk disiapkan.



Pada petang Khamis pula, mungkin dah mood nak bercuti, saya mengambil 'half day'. Kebetulan adik saya Nor pun bercuti. Apa lagi, saya, Nor dan Khadija ke Shah Alam petang tu. Saya ke Tabung Haji di Bangunan Kompleks PKNS untuk tujuan simpan semula atau ganti duit dari akaun Tabung Haji yang saya keluarkan. Kemudian kami ke SACC Mall pula. Cerita adalah seperti turutan gambar di bawah.



Kat atas Jambatan Kota yang sedang dinaiktaraf. Jammed teruk waktu ni.



Kat parking SACC Mall. Khadija yang memang seronok di ajak berjalan. Sekarang ni pantang orang bercerita nak ke satu2 tempat. Terus dia menyampuk, 'mama, Tija nak ikut'.



Settle urusan kat Tabung Haji. Masa ni Khadija sedang memujuk cik Nor untuk dibelikan Mc'D.



Akhirnya berjaya meng'pow' cik Nor untuk dibelikan sundae.



Yes, dapat sundae strawberry.



Tengok2 mana tahu ada yang berkenaan. Sebenarnya saya ada berkenaan jubah, tapi bila fikir2 balik tak nak membazir sebab ada dalam 5 pasang baju baru yang belum saya pakai lagi.



Kami meneruskan jalan2 kami ke SACC Mall. Khadija sebenarnya dah penat berjalan masa ni. Tapi nak dokong dia, sorry punyalah berat. Kalau abah ada masa ni boleh juga tolong dokong.



Penat berjalan, sebelum balik. Cik Nor sekali lagi belanja kami di Secret Recipe.



Punyalah seronok si Khadija makan keropok.



Air dan kek yang dipesan oleh cik Nor. Kami kongsi makan dan minum je.



Adik saya cik Nor yang shopping baju kat Gulati's untuk hari bahagia dia nanti. Promosi punya hebat Gulati's ni, tapi tak seperti yang diwar2kan. Harga kain kat sana masih mahal juga, yang ditunjukkan diskaun bila tanya dan habis. Mungkin tipu.



Kami berdua. Muka saya yang dah kusam dan pucat.

Pada hari tu, saya amat berpuas hati sebab dapat tahu kat SACC Mall tu juga di tingkat 3 ada kedai KK Home Deco yang menjual barang2 ala vantage dan hiasan dalaman rumah ala-ala English style. Wow, memang best sebab saya dah mula minat nak kumpul barang2 tu. Harga yang ditawarkan saya lihat agak berpatutan dan orang kata masih boleh dibeli. Sekarang dah macam satu 'trend' untuk koleksi barang2 ni kan?

Begitulah antara rentetan cerita window shopping saya petang Khamis hari tu dan sampai rumah mak lebih kurang 7.15 malam disebabkan kesesakan lalulintas kat Pusat Bandar Klang yang mengambil masa hampir lebih kurang +/- dalam 45 minit gitu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...