Tahniah kepada mak su, Rosidah binti Meor Yahya yang telah melangsungkan pernikahan dengan Haji Yusof di Tanjung Malim, Perak pada 18 Disember lepas. Majlis meraikan pengantin diadakan pada hari Sabtu, 19 Disember 2009. Mak su merupakan adik bongsu kepada bapak saya. Bertugas sebagai guru yang berkelulusan daripada Universiti ???? (tak pasti dan setahu saya dia ada Master dan PHD juga pernah menyambung pelajaran di luar negara). Walaupun mak su agak lambat bertemu jodoh tapi saya pasti dia bertemu dengan jodoh yang terbaik buat dirinya. Saya doakan mak su bahagia hingga ke akhir hayat beliau.
Majlis diadakan di rumah arwah atuk dan opah yang dah ditinggalkan tidak berpenghuni tapi masih ada banyak barang2 di dalam tu semenjak opah meninggal dunia pada bulan Ogos 2006.
Mak su Rosidah binti Meor Yahya.
Ketibaan pengantin lelaki.
Barang hantaran.
Mak su (panggilan Khadija opah su), saya dan Khadija.
Berkesempatan bergambar berdua.
Khadija dan opah su.
Kat tangga rumah opah. Rumah opah ni memang besar.
Sungguh selesa Fatihah meniarap sesuka hati.
Masa ni tak ramai orang datang lagi.
Adik saya, Nor (berbaju purple) membantu mengagihkan cenderahati.
Dari kiri, mak memegang Fatihah, Khadija dan Kak Ti (kakak sulung saya). Ni kat laman rumah opah.
Fatihah yang senang hati, tersenyum girang.
Kakak dan adik yang baring sesuka hati macam rumah sendiri. Alah, bukan rumah orang lain pun, rumah atuk nenek sendiri juga.
Kalau ikutkan petang tu, lepas majlis selesai, Hakim nak singgah ke Sungai Bil. Tapi disebabkan cuaca yang tak cantik dan kekadang hujan renyai turun telah membatalkan niat kami tu. Dalam lebih kurang pukul 3.30 petang, kami bertolak balik ke Klang dengan bekalan nasi dan macam2 makanan dari majlis kenduri tu. Oh ya, pada majlis tu juga saya berkesempatan berjumpa dengan sepupu2 yang dah lama tak jumpa dan yang pasti masa dah berubah menyebabkan kami tak sempat nak berbual seperti dulu kerana sibuk melayan kerenah anak masing2.

0 comments:
Post a Comment