Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, December 8, 2009

Teluk Batik, Perak

Percutian ni sebenarnya tak dirancang. Tapi tetiba je saya macam terpanggil untuk bercuti atau lebih tepat lagi 'aura' bercuti tu datang menyebabkan saya ajak Hakim pergi bercuti. Destinasi percutian plk ke tempat yang boleh bermandi-manda disebabkan permintaan Khadija yang asyik sebut nak mandi 'river'. Mula2 saya nak ke PD tp disebabkan hotel2 yg saya suka dan berpatutan harganya telah 'full booked', kami tukar haluan ke Teluk Batik, Perak. Mujur Teluk Batik Resort masih ada kekosongan, tu pun untuk apartment je. Ok lah juga, sambil2 bercuti boleh singgah rumah kakak saya, Kak Ti di Teluk Intan. Terlanjur dah ke sana, kami pun ambil Naim untuk dibawa bersama ke Teluk Batik. Sarah kami ajak juga, tapi dia macam keberatan nak ikut. So, lagi mudah, sebab Sarah ni agak manja dan pemalu sikit dengan Hakim, nanti susah pulak.

Perjalanan percutian kami diceritakan di gambar2 berikut :-

Pagi2 lagi kami dah memulakan perjalanan, dalam pukul 8.00 pagi sebab nak berhenti breakfast dulu. Percutian ni cuma kami anak-beranak je, ajak mak dan bapak saya, kedua2nya malas nak ikut.



Sebelum memulakan perjalanan, kat hadapan rumah kami. Baca doa naik kenderaan dulu. Si Khadija bila abah dia kata nak ambil gambar, mulalah kira2 jari nak buat tanda 'peace'.



Sampai kat Teluk Intan dalam pukul 11.00 pagi. Masa ni kat menara condong Teluk Intan yang menjadi mercu tanda kat sini. Saja berhenti ambil gambar kejap sambil tunggu abang Pian ambil kami tunjuk jalan ke rumah dia.



My lovely husband, Mr. Hakim yang memang best sesangat bagi saya (sporting).



Sampai kat rumah mak long, Khadija dah tukar baju dan diaper. Terus saya pakaikan baju yang bila sampai je Teluk Batik boleh terus mandi. Swimming suit dia dah ketat, so pakai jelah t-shirt. Next holiday, mama belikan swimming suit baru ye.



My elder sister, Hajjah Norhayati binti Haji Md. Ariff @ Kak Ti, Sarah dan Khadija.



Lega Fatihah bila dia dibaringkan di sofa. Yelah, duduk lama dalam kereta.



Sampai kat Teluk Batik dah. Ni sebelum kami check-in dalam lingkungan pkl 2.30 petang.



Abah n' Fatihah. Bawak stroller untuk memudahkan perjalanan kami.



Kat sini pun Khadija nak naik kereta control ni. Geram jugak tak puas2 dah selalu naik.



Fatihah yang cool, tak meragam langsung dibawa berjalan.



Bilik apartment kami di Teluk Batik Resort.



Lepas Asar, kami turun ke pantai Teluk Batik untuk mandi. Saya tak mandi sebab kena pegang Fatihah. Masa ni hujan gerimis kekadang turun.



Ambil kesempatan bergambar berempat.



Abah with Khadija.



Lepas kat pantai, sambung pulak berenang kat swimming pool resort.



Seronok betul Khadija main air, sampai ajak balik bilik pun tak nak.



Abang Naim yang akan mula bersekolah agama di Sungai Manik, Perak tahun hadapan.



Nak pergi breakfast hari esoknya.



OTW nak ke tempat makan.



Khadija sarapan mihun pagi tu.



Tempat makan Teluk Batik Resort.



Comel anak mama.



Kakak Khadija duduk dlm stroller Fatihah yang asalnya dulu Khadija punya jugak.



Lepas breakfast, sambung semula mandi tp bukan kat Pantai, cuma kat swimming pool je. Masa ni banyak kejadian lucu yang Khadija buat. Khadija dah pandai apungkan badan dalam air.



Abah dan abang Naim pun sama dalam kolam untuk kanak2 sbb nak awasi Khadija.



Fatihah yang sentiasa menemani mama. Baik sangat Khadija tak meragam langsung.

Lepas Khadija mandi sepuas2nya. Kami pun balik bilik dan bersiap terus check-out pukul 11.00 pagi. Kemudian, singgah kat pantai Teluk Batik, beli fridge magnet dan t-shirt utk Naim, Sarah dan Khadija dan terus bertolak balik. Kami singgah rumah Kak Ti semula, hantar Naim dan makan tengahari kami hari tu dirumah Kak Ti juga iaitu laksa.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...