Perkembangan terkini kakak KHADIJA yang sekarang ni dah berusia 2 tahun 7 bulan :-
1. Sentiasa pasang telinga bila mama dan abah berborak, lepas tu dia pun nak borak sama, kadang2 apa yang dia sambung cerita tu betul, kadang2 lari dari topik perbualan kami. Tu pasal kadang2 kami cakap dalam bentuk mengeja, mana tau lepas ni dia cepat faham dan ikut sekali mengeja.
2. Dah boleh baca A sampai Z dengan betul.
3. Kalau masuk rumah pandai bagi salam dan kalau orang bagi salam dia akan jawab.
4. Rambut Khadija semakin panjang dan kerinting di hujung. So cute anak mama.
5. Semakin manja dengan abah.
6. Nakal secara diam2. Contoh bila kita leka, dia berdua dengan Fatihah mulalah ada benda yang dia buat kat adik dia tu macam suapkan susu dia kat mulut Fatihah, bagi Fatihah makan keropok dan ais krim, duduk atas kaki Fatihah dan pernah kaki dia kat kepala Fatihah. So, kena awasi dan intai apa yang dia buat dalam senyap2.
7. Kalau bawa pergi tempat yang ada mainan, mesti Khadija nak naik mainan tu. Yang ni buat saya tension skt sebab Khadija tak tahu sabar, selagi tak ikutkan kehendak dia, dia akan merengek.
8. Masih pakai diaper walaupun dia sebenarnya dah tak selesa. Dia tak pandai lagi nak bagi tahu dia nak kencing, bila air kencing dah keluar baru dia bagi tahu.
9. Minum susu Anmum dalam kuantiti yang banyak dalam sehari.
10. Asyik nak melawa, kalau boleh sentiasa nak pakai baju baru, bercekak rambut, pakai rantai dan jam tangan serta beg kalau di bawa berjalan.
Sementara perkembangan adik FATIHAH yang baru masuk 4 bulan pula :-
1. Pandai senyum dan gelak dengan kuat.
2. Dah mahir meniarap. Sekarang dah mula mengundur dan tegangkan tangan. Mak saya cakap dia nak mula duduk.
3. Kalau dalam kereta dia tak nak duduk, nak berdiri lepas tu melompat2.
4. Menangis dengan kuat sampai keluar air mata kalau kita tak layan dia.
5. Paling best, Fatihah ni tak banyak ragam. Baik sangat2 setakat ni kalau di bawa berjalan walaupun jauh.
6. Syukur Alhamdulillah, setakat ni dia sihat cuma minggu lepas balik dari Teluk Batik dia kena selesema.
7. Tak tahan panas, cepat sangat berpeluh.
Antara gambar terkini kedua2 anak kesayangan mama :-
0 comments:
Post a Comment