Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, December 15, 2009

Cerita Cuti Hujung Minggu Kami

Sepanjang bulan Disember ni, tiap2 hari Jumaat dapat cuti free. Dimulai dengan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, minggu seterusnya Awal Muharam, lepas tu Krismas dan 1 Januari 2010 pun cuti tahun baru jatuh hari Jumaat juga. Best sangat sebab banyak masa boleh diluangkan untuk keluarga. Khadija dan Fatihah pun seakan-akan faham je bila mama dan abah dia cuti bukan main seronok lagi kedua2 beradik ni dapat berkepit 24 jam dengan kami.

Hari Jumaat petang kami makan di luar. Lokasi pilihan adalah merupakan pilihan Hakim iaitu Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram. Perjalanan dari rumah kami, Taman Saujana Kapar pun tak sampai 10 minit. Rasa makanan yang kami order kali ni 'kureng' sikit berbanding sebelum2 ni. Khadija kalau makan kat luar bukan main suka lagi dia. Bukannya dia makan sangat pun, cuma dia enjoy dengan suasananya saja. Yang si kecil Fatihah pulak, memang best sebab tak meragam langsung. Memudahkan lagi aktiviti kami setiapkali di luar.



Restoran Ikan Bakar, Pantai Jeram.



Menu kami petang tu, nasi goreng kampung, nasi goreng USA dan tom yam. Air pulak, teh o ais limau dan fresh orange suam.



Kami makan bergilir2 sbb tak bawak stroller. Mula2 saya makan, Hakim tolong pegangkan Fatihah.



Nasi goreng kampung yang dulu kami makan rasanya agak meletup tapi petang tu hampa tak sedap. Sedap lagi nasi goreng yang saya masak.



Khadija yang bukan nak makan.



Main kat playground.





Setelah selesai makan, dalam pukul 7.00 petang kami bergerak balik. Al-maklumlah bawa baby, balik rumah kena sebelum senja menjelang.

Cerita hari Sabtu pulak, kami bawa mak ke undangan majlis walimatul urus sepupu mak saya di Gombak. Malam tu kami tidur di Telok Gadong.



Khadija dan sepupunya, Aqilah yang makin putih gebu. Comel sangat.



Aqilah yang cute.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...