Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, March 4, 2010

Dah Lama Tak Update Blog

Terasa macam dah lama tak update blog saya ni. Kalau orang lain mungkin gunakan perkataan berhabuk atau bersawang, tapi tak bagi saya kerana blog saya ni hampir setiap hari saya buka sebab nak link dengan blog kawan-kawan yang lain. Saya pun skrg ni makin rajin merakamkan gambar aktiviti kami sekeluarga terutama perkembangan anak-anak kesayangan kami. Tapi disebabkan masa terbatas dengan tuntutan kerja dan urusan rumahtangga menyebabkan keinginan untuk mengemaskini cerita dan gambar dalam blog ni tergendala agak berminggu-minggu jugalah. Macam biasa, cerita yang saya coretkan adalah secara bergambar.



Ni masa kami shopping kat Tesco untuk beli stok dapur. Masa ni kami pergi dalam waktu petang membawa ke malam. Pasal tulah, Khadija dan Fatihah dipakaikan topi kait tu. Manalah tau kalau ada sesiapa yang berkenan dengan topi dan stoking kait bolehlah bagi tau saya, terbuka untuk jualan secara online. Topi dan stoking dikait sendiri oleh mak su saya. Banyak pilihan warna ada dan harga pun berpatutan. Satu set untuk kedua2nya hanya RM20.00.



Fatihah yang makin bijak dan comel. Of course lah, mama mana yang tak puji anak sendiri kan?



Perkembangan Fatihah memang memberangsangkan sebab dah boleh merangkak pada usia belum pun masuk 6 bulan. Sekarang ni baru 6 bulan ++ dah pandai nak berdiri dan lepas tangan. Gigi pun dah keluar sebatang pada bahagian bawah gusi.



Bila dah merangkak ni, habis satu rumah dia tolong mop. Hehehe.



Kakak Khadija pulak, mulai 1 Mac ni kami sepakat masukkan dia di bawah jagaan Taska Penyayang MPK. Dia pun agak bijak pasal memang nak sangat ke sekolah. Tiap hari sebut nak masuk sekolah. So, permulaan kami masukkan dia ke Taska dulu sebab usia Khadija baru 2 tahun 10 bulan. Lagipun, kami kesian dengan mak bila tengok karenah Khadija yang tak berdisiplin kat rumah (suka sepahkan barang dan buka fridge dan memerintah wan sesuka hati). So, jalan terbaik masukkan dia ke Taska untuk dia lebih berdikari.



Ni gambar masa saya dan mak su ke SACC Mall, Shah Alam. Khadija kalau nampak kereta control ni mesti nak naik punya.



Gambar ni masa kami ke Taman Pengkalan Batu pada hujung minggu. Adik saya atau mak cik Nor pada panggilan Khadija akan bertunang tengah bulan Mac ni. Sekarang ni tengah sibuk dengan persiapan barang hantaran yang digubah oleh tangan kreatif mak su kami sendiri.




At last. Pada 22 Februari 2010, kereta lancer Hakim telah terjual. Kereta ni banyak nostalgia dan berbakti buat suami saya Hakim. Kereta dijual kepada seorang pembeli yang benar2 serius nak beli pada pertemuan kali pertama yang mana merupakan seorang Polis di Putrajaya. Untuk makluman, dah ramai sangat yang tanya2 dan berminat dengan kereta ni, yelah enjin Turbo dan kalau dikira, hampir 30 orang yang datang lihat sendiri dan beberapa orang melalui telefon kerana Hakim pun iklankan di dalam laman web mudah. So, langkah seterusnya, kami akan beli .......???? Tunggu dan lihatlah nanti..... Hajat di hati MPV. Dalam pada tu, Kelisa kami masih ada lagi.



Setelah selesai urusan jual kereta, abah belanja kami makan kat McD. Jadilah. Syukur Alhamdulillah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...