Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, March 12, 2010

Memori Terindah

AL-FATIHAH buat kedua-dua arwah atuk, Haji Hashim bin Md. Isa dan arwah wan, Hajjah Mariam binti Daud. Semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.



Arwah atuk kedudukan dua dari kiri. Segak dalam pakaian seragam anggota Kastam.



Arwah wan, masa ni dah kena strok. Di samping sebahagian anak dan cucu.
(Dari belakang - Mak Usu, Mak, Mak Lang, Mak Utih)

Kali ni gambar dan cerita yang saya nak kongsikan kat blog ni adalah pasal saya pulak. Saya amat bertuah sebab gambar masa kecil2 saya dan keluarga memang banyak. Maklumlah, mak saya anak yang sulung, jadi kakak dan saya adalah antara cucu yang terawal dan menjadi kesayangan dan kemanjaan atuk, wan dan mak saudara kami. Jadi banyaklah gambar2 kami yang dirakam.

Saya dilahirkan dan dibesarkan di rumah dalam gambar2 ni iaitu rumah arwah atuk dan wan di Telok Gadong yang sekarang ni dah jadi rumah kami. Actually, rumah kami kat sebelah belakang rumah ni aje. Tapi sekarang ni, rumah pusaka ni dah jadi rumah kami jugak. Rumah ni dibina oleh atuk dlm tahun 1975 kalau tak silap saya. Masa tu, arwah atuk belum pencen dari Kastam dan masih bertugas di Pulau Pinang. Bila pencen je terus balik kampung halaman di Klang dan dibina rumah ni. Menurut mak, bila atuk pencen, mereka sekeluarga balik dan menetap di Klang dan tahun 1975 tu juga mak melangsungkan perkahwinan di rumah ni. Untuk pengetahuan, arwah atuk adalah antara yang disenangi dan disegani di kampung kami pada masa tu disebabkan sifat tegas beliau. Tapi dengan cucu2 amatlah penyayang sekali dan nama saya juga adalah hasil pemberian oleh arwah atuk.



Comel tak saya? Masa kecil saya putih, mak cakap ramai kata macam anak Cina/Jepun sebab mata saya sepet.



Saya dan sepupu sebaya dan paling akrab, Fiza.







Nostalgianya tengok kuda kayu ni. Skrg ada lagi ke? Boleh beli untuk anak2 pulak.





Kak Ti, kakak saya yang paling manja dengan atuk dan wan sebab dialah cucu pertama mereka.



Kak Ti dan saya. Buaian ni sampai sekarang masih ada lagi.



Kak Ti sekolah Tabika Kemas. Masa ni, mak kata hari-hari saya ikut Kak Ti pergi sekolah. Duduk kat dalam kelas sama-sama dengan dia. Tabika Kemas depan je dengan rumah kami.



Masa ni dah pandai posing skt.

Gambar2 ni ada saya upload dlm facebook. Mungkin ada yang kata, tak malu ke letak gambar masa kecil untuk tatapan orang, muka comot, kalau orang lain tak nak buat kot. Bagi saya, terus terang saya katakan, saya tak malu malah saya berbangga sebab saya ada gambar masa kecil yang banyak bersama insan-insan kesayangan saya. Nak malu buat apa, kalau takde masa dulu, mana datangnya masa sekarangkan?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...