Sebelum memulakan cerita pasal makanan ni, saya nak rakamkan ucapan terima kasih kepada kawan satu 'gang' saya masa menuntut di Poli PD dulu, Azean yang saya tak sangka mengikuti perkembangan saya dalam diam melalui blog ni. Walaupun dia tak berfacebook, rupa2nya dia masih mengikuti perkembangan saya. Apa lagi Yan, jomlah buka blog.
Bercerita pasal makanan, sekarang ni saya tengah mood malas nak masak mungkin sebab balik je kerja dah penat. Al-maklumlah, tuntutan tugas di tempat kerja yang makin banyak. Lagi pulak dengan tugas melayan anak bila sampai ke rumah menyebabkan saya jadi malas nak masak. Kalau masak pun, menu yang simple seperti nasi goreng aje. So, takde menu terbaru yang saya nak kongsikan kat blog ni.
Bercerita pasal makanan, sekarang ni saya tengah mood malas nak masak mungkin sebab balik je kerja dah penat. Al-maklumlah, tuntutan tugas di tempat kerja yang makin banyak. Lagi pulak dengan tugas melayan anak bila sampai ke rumah menyebabkan saya jadi malas nak masak. Kalau masak pun, menu yang simple seperti nasi goreng aje. So, takde menu terbaru yang saya nak kongsikan kat blog ni.
Cerita pasal roti sosej atau kami panggil roti pizza ni sebenarnya mak saya yang buat. Bukan nak puji, mak memang rajin dalam hal masak memasak ni. Kalau nak tahu, disebabkan cucunya, Naim gemar makan roti sosej, mak telah membuat roti sosej ni berulang kali. Tak menjadi masalah untuk mak buat roti ni walaupun dalam waktu yang singkat. Kadang2 mak saya lihat sebelum solat Subuh dah adun doh roti, selepas solat Subuh dan wirid sekejap, dia terus bakar roti dan saya dapatlah breakfast dengan menu roti pizza. Rasa pulak? Memang setanding dengan roti pizza yang ada di pasaran.
Ni pulak cerita pasal donut. Donut ni hasil kerja Hakim dan saya.
Gambar kat bawah ni pulak adalah nasi 'ambang' yang merupakan makanan kegemaran Hakim yang kini pun dah jadi kegemaran saya. Memang best, RM5.00 dapat nasi dalam kuantiti yang boleh dimakan untuk 2 orang + seketul ayam masak kicap, suhun, ikan kering bulu ayam, tempe dan serunding kelapa. Kalau nak tahu, nasi 'ambang' merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa yang sering dihidangkan pada majlis kenduri-kendara. Saya pada mulanya tak pernah makan nasi 'ambang' ni, tapi bila dah berkahwin dengan Hakim dapatlah saya merasa. Mula2 dulu memang tak suka sebab satu dulang dimakan ramai2 dan kalau saya, pasti saya akan ambil dan asingkan makan kat pinggan lain.
Beginilah rupa nasi 'ambang' yang sekarang tak payah tunggu kenduri dah boleh makan sebab di pasar malam mahupun di gerai-gerai dah ada yang jual menu ni.
1 comments:
waaa namaku di atas ... pergh terharu
Post a Comment