Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, July 8, 2010

Fatihah Dah 10 bulan ++

Memang tak adil betul saya ni, tak banyak cerita mengenai Fatihah dalam blog ni. Kalau diimbas kembali entry yang lama-lama, memang banyak cerita mengenai perkembangan Khadija. Kesian Fatihah, oklah kali ni, mama masukkan cerita mengenai perkembangan terkini Fatihah pulak ye.





1. Kalau diikutkan pada usia 10 bulan dan hampir ke 11 bulan beberapa hari lagi, sepatutnya Fatihah ni dah boleh bertatih macam kakak Khadija. Khadija dulu pada usia 11 bulan dah mula berjalan. Fatihah pun apa kurangnya, dimulai dengan meniarap belum pun memasuki 3 bulan dan merangkap serta berdiri pada usia 6 bulan. Tapi bila nak berjalan ni lambat pulak. Kalau diletakkan dalam 'walker' jangan cakaplah, laju sangat dia meluncur dalam rumah mak ke sana ke mari. Sekarang ni, pagi2 lagi mak saya tatihkan si Fatihah atas embun rumput. Biar cepat jalan.

2. Ada 4 batang gigi. 2 batang di atas dan 2 batang di bawah. Saiz gigi Fatihah ni besar @ gigi kapak. Kadang-kadang bila datang geram dia, habis saya atau abah dia digigitnya.

3. Terlalu aktif dan lincah pasal tu berat susah nak naik.

4. Kurang minum susu, baik susu badan atau susu tepung anmum. Nestum pula dia cepat jemu dan sekarang ni dah mula makan nasi yang dilenyek.

5. Dah pandai sebut 'abah' untuk panggilan saya dan abahnya dan 'ja' tanda panggil kakaknya Khadija.

6. Asyik nak bergurau senda dan ketawa dengan bunyi yang kuat. Kadang-kadang pandai menyakat kakak dia.

7. Kuat berpeluh dan amat sensitif dengan cuaca panas di waktu malam. Kalau tidur dengan 'air-cond' dia akan lena sampai ke pagi tanpa bangun mengganggu saya.

8. Rajin mengemas (menyelongkar) macam kakak Khadija masa kecil-kecil dulu.

9. Tak banyak ragam dan mudah dijaga.

Itu sahaja rasanya perkembangan Fatihah buat masa ni dan sebagai mama saya rasa Fatihah ni agak bijak kerana akan beri 'respond' atau maklumbalas yang cepat pada apa yang kami lakukan. Tapi jika dibandingkan dengan Khadija masa kecil dulu, memang Khadija lebih beruntung sebab dapat perhatian yang lebih dari mama dan abah, yelah masa tu Khadija masih seorang, berbanding dengan Fatihah ni. Walau apa pun, mama sayang kamu berdua.



Patung bear yang sekarang ni menjadi kesayangan Khadija. Kadang2 bengang juga, dia lebih menjaga bear dari adik dia sendiri. Patung bear tu hadiah dari wan uda masa birthday Khadija setahun.


2 comments:

matahati-aishahazhar said...

kak.. anak saya genap setahun baru pandai jalan... tu pun jatuh je selalu..

Shima said...

Aishah, anak2 akak dua2 sama thn dgn anak awak 2007 dan 2009 kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...