Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, July 6, 2010

Picnic di Sungai Congkak

Sabtu, 3 Julai yang lalu, seperti yang dirancang oleh Hakim, kami sekeluarga menghabiskan masa dengan berkelah di Sungai Congkak. Kalau ikutkan, rancangan nak berkelah dan bermalam di sungai ni adalah untuk family kroni2 yang sepatutnya dibuat pada pertengahan bulan Julai ni, tapi diawalkan pasal tempat yang dirancang telah 'full booked'. Turut serta adalah 2 lagi kawan Hakim iaitu family Zafri dan Ruzi. Kalau diikutkan, aktiviti mandi sungai ni sememangnya antara aktiviti yang Hakim cukup suka. Dari beberapa minggu lepas lagi, Hakim dah ajak kami berkelah, tapi disebabkan kesibukan kerja dan projek menyiapkan kandang lembu peliharaan kami di kampung, semuanya tertangguh. Entry mengenai 3 ekor lembu milik kami belum lagi disiarkan atas sebab takut nanti lembu tu tak serasi dengan kami.

Kami bertolak dari Kapar jam 7.30 pagi tapi jalan agak 'jammed' pasal hujan gerimis pagi tu.



Khadija yang 'excited' nak pergi mandi river. Bangun awal dan tak merengek langsung pagi tu. Masa ni kat Petronas highway Persekutuan, tunggu family Ruzi Ambar. Nampak tak tv tu, sekarang Khadija cukup suka naik kereta abah pasal ada tv dan kalau naik kereta ni, memang kami tak dapatlah dengar radio pasal Khadija akan minta pasang VCD kalau tak Bunny, Shin Chan (Khadija tengah ketagih dengan cerita Shin Chan pulak).



Mama dan Fatihah. 'Awning' tudung ni dah bengkok, muka saya nampak bulat.



Sampai di Sungai Congkak hampir pukul 10.00 pagi pasal jalan di Pekan Kajang yang agak 'jammed'. Apa lagi setelah selesai memasang khemah, kami pun makan. Saya bawa nasi putih, rendang ayam dan kek coklat aje hari tu.



Dalam Khemah.



Fatihah dan kawan baru yang sebaya dengan dia, Nur Dania Delisha @ Echa anak Ruzi Ambar.



Fatihah yang tak takut langsung dengan air, walaupun dah menggigil dan kecut jari jemari tapi masih nak berendam. Bila diangkat je, meronta-ronta kaki si Fatihah ni.



Khadija main pistol air.



Khadija kali ni main air di tepian aje. Tak tahan sejuk agaknya.



Masa ni memang kelakar, nampak je isteri Ruzi nak ambil gambar, Khadija cepat2 datang dan menyelit. Gaya Khadija persis orang dewasa masa ni.



Selesai makan, rehat sekejap. Hakim dan Khadija sambung mandi sebelum kami putuskan untuk balik dalam pukul 2.30 petang. Masa ni pun kelakar, Fatihah cari2 kakak Khadija dan abah, bila nampak je dari dalam khemah, abah kat dalam air, terus merengek dan meronta nak mandi sekali lagi. Saya pun bawa Fatihah turun dan rendam kaki dia dalam air masa tu.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...