Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, January 11, 2015

School Holiday ~ Part 4

Cuti sekolah kali ni banyak juga masa mereka berdua bermain dengan sepupu-sepupu kenit mereka dari sebelah Telok Gadong dan 'entry' kali ni merupakan aktiviti yang dilakukan Khadija dan Fatihah dengan sepupu mereka.  Semoga ianya menjadi aktiviti yang dikenang oleh mereka bila mereka dewasa nanti seperti kenangan saya bersama sepupu-sepupu saya dulu yang mana cuti sekolah adalah masa yang paling saya tunggu untuk berjumpa sepupu.  Khadija dan Fatihah agak beruntung sebab sepupu mereka duduk berdekatan kecuali Aqilah di Hulu Langat dan Abang Naim di Ipoh, Perak.  Sepupu saya dulu ada yang di Pahang, Perak, KL, Kedah dan Terengganu.

















Sambutan 'birthday' Puteri Hasya yang ke - 1 tahun.  Sambutan diadakan di rumah wan.  Memang 'happening'.























Khadija dan Aqilah petik buah limau kasturi.























Fatihah dengan Aqilah yang ditinggalkan ibu dan ayah selama hampir sebulan di Klang.  Banyak hari juga Aqilah tidur dan bermain di rumah kami.























Khadija, Fatihah dan Aqilah solat jemaah bersama-sama.























Tidur di rumah wan.  Masa ni kalau tak silap abah Hakim kursus 3 hari di Kuala Langat.  Mama yang penakut pun 'join' tidur rumah wan.























Main solek-solek dan pakai inai.























Lepak di rumah Pak Usu Meor.























Bermain di luar.  Sekali-sekala ada juga Angah @ Hazirah adik si Aqilah ikut sama tidur di rumah kami. Angah ni agak petah bercakap berbanding kakaknya Aqilah yang agak pendiam.

















Bagi peluang pada Khadija, Fatihah dan Aqilah belajar beli ABC dan cendol sendiri.  Masa ni saya ada di dalam kereta di sebelah gerai ni memerhatikan mereka.

















Dalam pada main, ada juga saya selitkan pembelajaran di dalam aktiviti mereka.  Mereka diajar membantu mencuci lantai di hadapan rumah.  Punyalah seronok mereka dapat main buih sabun dan air.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...