Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, January 13, 2015

Kami Tak Sabar Nak Sekolah!

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2015 dah pun bermula.  Terdengar perbualan mereka berdua 2 minggu sebelum persekolahan, "Adik tak sabarlah kakak nak pergi sekolah."  Balas si kakak pula, "Ha'ahlah, kakak pun, best dapat jumpa kawan-kawan." 

Tahun 2015, Khadija memasuki darjah 2 dan masih berada di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi. Fatihah pula masih di tahun akhir di tadika.  Cumanya, Fatihah kami tukarkan ke Tadika PASTI Darul Ulum II yang bertujuan untuk mengenalkan dia dengan asas tulisan jawi dan bahasa Arab sebagai persediaan di sekolah rendah nanti. 














Hari penerangan untuk ibubapa di PASTI hanya dihadiri oleh mama dengan ditemani kakak Khadija.














Fatihah yang 'cool'.  Mujur dia tak  buat perangai bila tengok pelajar lain dalam pakaian seragam PASTI sebaliknya dia memakai baju biasa.  Mungkin dia teruja dengan suasana pembelajaran yang baru. 














Fatihah tak keseorangan di tadika baru ini.  'Surprised' juga mama sebab rupa-rupanya Ahmad Hafiz pun bertukar tadika ke PASTI.  














Anak mama yang 'cute'.














Fatihah ni tak berapa pandai berkawan jika dibandingkan dengan kakak Khadija.  Semasa di tadika lama dahulu, boleh dikira kawan Fatihah yang rapat hanyalah satu iaitu Inas.  Nampak sangat berat mulut dia nak bertegur sapa dengan kawan-kawan di sebelah dia.














Hari penerangan diserikan dengan kehadiran ADUN Selat Klang, Y.B. Dr. Halimah Ali yang turut memberikan nasihat dan tips kepada ibubapa dalam mendidik anak-anak.














Mereka berdua sebelum dihantar ke sekolah.  Agak teruja nak bersekolah terutama kakak Khadija yang tak sabar-sabar nak jumpa kawan-kawan.

Mama doakan anak-anak mama dilapangkan dada, diterangkan hati untuk menerima ilmu dan diberi kesihatan yang baik serta rajin ke sekolah.  Semoga kecemerlangan terus menjadi milik anak-anak mama. Amin.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...