Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, January 8, 2015

School Holiday ~ Part 2

Alhamdulillah, cuti sekolah mereka berdua terisi dengan pelbagai aktiviti selain dari hanya menonton tv di rumah.  Kelas renang Khadija masih diteruskan setelah terhenti sebulan.  Mujur Khadija tidak lupa teknik berenang yang diajar.


Video Khadija berenang yang abah Hakim rakam.  Khadija baru tahu satu teknik ni.  Teknik-teknik lain, saya difahamkan oleh abah Hakim sedang diajar oleh guru renang.  























Beberapakali juga abah Hakim bawa mereka ke kolam renang, Kompleks Sukan Pandamaran selain daripada kelas renang setiap petang Jumaat dan Sabtu.  

Puteri Hasya pun ikut 'join' mereka berenang.














Aqilah Anis pun dibawa bersama berenang.  Budak-budak ni kalau dapat berendam memang suka.  Kalau boleh nak berendam sampai berjam-jam.














Budak yang banyak songeh, Khairin Fatihah.














Kakak Khadija berenang di kolam renang kanak-kanak.  Selalu masa belajar dia akan berenang di kolam renang dewasa.














Puteri yang tak padan kecik.  Rupa-rupanya suka juga berendam.

















Berendam dalam air bukan sahaja di kolam renang tapi juga di rumah. Kali ni berendam dengan sepupu-sepupu kenit dalam kolam Faris kat rumah wan.























Gambar ni dirakam seawal jam 7.00 pagi.  Fatihah yang 'excited' ajak Aqilah mandi kolam.  Sabar jelah, dengan muka baru bangun tidur terus pakai baju berenang.























Berendam dalam kolam renang di rumah kami.  Saiz kolam ni agak kecil.  Nampak sangat padat dengan hanya 3 orang sahaja masuk.



Di hari yang lain, ke kolam renang lagi.  Kali ni dengan mak cik Ain pula.  Khadija 'excited' dengan baju renang muslimah yang abah Hakim hadiahkan buat dia.  Siap ada tudung dan 'cap' lagi.

Semua aktiviti mereka di kolam renang, memang saya tak 'join' dan hanya dirakam oleh abah Hakim. Tunggulah sehingga baby Muhammad Harraz besar sedikit untuk dibawa bersama melihat atau 'join' sekali kakak-kakak dia berenang nanti.






1 comments:

Anonymous said...

seronoknyaa lahai pergi kelas berenang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...