Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, January 17, 2015

Cuti-Cuti ~ Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian 2 hari 1 malam di Colmar Tropicale ni bersempena dengan dah lama kami tak bercuti.  Ianya juga hadiah buat Khadija kerana berjaya tunaikan janjinya untuk dapat nombor 1 dalam peperiksaan akhir tahun. Dalam masa yang sama, apalah salahnya ada rezeki lebih, kami raikan diri kami yang telah penat bekerja dengan menghabiskan percutian dengan bermalam di hotel.  Disebabkan saya baru habis berpantang, percutian kami anjakkan ke akhir bulan Disember 2014.

Lokasi ini kami pilih kerana ianya tidak terlalu jauh atau terlalu dekat dengan Klang.  Kalau diikutkan memang nak bercuti ke lokasi 'favourite' saya iaitu Langkawi atau Melaka yang rasanya memang tak jemu-jemu walau dah beberapakali menjejakkan kaki ke sana. Namun, memikirkan yang kami turut membawa baby Muhammad Harraz yang baru masuk 2 bulan ketika itu, kenalah cari lokasi yang terhampir.

Colmar Tropicale merupakan 'French Themed Resort' yang dimiliki oleh Berjaya Hills Bhd.  Masuk ke kawasan ini dikenakan bayaran iaitu RM12.00 untuk dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak.  Bayaran meliputi bayaran masuk ke Colmar Tropicale, Japanese Garden dan Botanical Garden.  Manakala untuk ke Animal Park setiap pengunjung dikenakan bayaran RM3.00.  Jika menginap di hotel Colmar Tropicale, bayaran masuk boleh dituntut semula sewaktu 'check out'.


Oleh kerana sampai awal, sedangkan belum masanya untuk 'check in', kami lepak di ruangan lobi hotel. Cuaca di luar juga hujan ketika ini.  























Pertama kali bawa baby Muhammad Harraz bercuti.  Alhamdulillah, langsung tak meragam walaupun cuaca teramatlah sejuk.  Masa ni musim hujan lebat sedang melanda kawasan pantai timur semenanjung.  


3 harta akhirat kami.  Amanah yang perlu dipelihara.

Kami ke sini sehari sebelum sambutan hari Christmas.  Kawasan sekitar hotel agak 'happening' dengan hiasan sempena Christmas dan nyanyian lagu ala-ala Disney.  Terasa seperti kami berada di luar negara pula.


Anak soleh yang baik.  Tidur, jaga, menyusu itu sahajalah kerja Muhammad Harraz.



Disebabkan terlupa bawa payung, sedangkan cuaca di luar hujan tak berhenti walaupun tidaklah lebat, terpaksa jugalah abah Hakim beli payung.  Sementara nak tunggu masa 'check in' mereka bertiga 'survey' dulu tempat-tempat yang ada di "pekan" ini.  


Latar belakang dan suasana di sini memang cantik.  Rugi kalau tak ambil gambar mereka banyak-banyak.























Macam berada di luar negarakan?























Waktu dah masuk tengahari tapi suasana macam awal pagi, nampak segar sangat.


Di kedai makan.  Satu yang tak 'best' kat Colmar Tropicale ni adalah susah nak cari tempat makan.  Dengan ramai pengunjung yang datang, restoran yang ada agak terhad.  Yang ada cuma menjual roti dan makanan 'western' yang harganya rata-rata RM20.00 ke atas. Harga bagi saya masih ok seperti di tempat lain, cumanya takkan nak makan 'western food' 2 hari disini.  Nak tak nak, sebelum 'check in' kami makan dulu di salah satu restoran yang ada.  Mujur ada bawa banyak juga stok makanan ringan untuk kudap-kudap dalam bilik hotel nanti. 


'Enjoy our precious time together'.  Alhamdulillah.






2 comments:

mairascoop said...

Assalamualaikum...

Kami nak tanya,harga bayaran dia still RM12 atau dah naik...

Pakej Bandung Murah said...

maaf tuan / puan saya tumpang share sikit di blog ini
saya agency pelancongan di bandung menyediakan transpot untuk city tou bandung,
ada juga pakej hotel dan transpot untuk 3malam 4hari minimal 4orang
dengan harga yang sangat berbaloi

contact

wahtsap +6287821719271

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...